Thursday 4 April 2013

Jaulah Makam Para Auliya'

Assalammualaikum !

Alhamdulillah , berkesempatan nak bernafas lagi , dan mohonnya , Allah redha :) Nak share cerita ! Nak share cerita ! Last sunday , sempatlah join program Jaulah Makam . Dekat mana ? oh , tak jauh pun , dekat Tanta Terchenta ni je :)  Alhamdulillah , banyak ibrah yang ana ( ana ? ok feeling solehah sikit k ) dapat . Sebab apa ? Sebab ziarah makam ni , buat kita lagi rasa kecil, macam mana pengakhiran hidup kita nanti , baik atau buruk ?  Mohonnya baik :) inshaaAllah .

So here we go !

Makam Pertama  : Makam Syeikh Muhammad Khalil Khatib 

dengan kakak kakak SC (smart circle)
Makam ni , dekat masjid yang hari hari lalu , haha . Tak sangka dekat sini , nearly semua masjid ada makam . SubhanAllah kan ? :) Tapi makam syeikh ni tak dapat kami masuk , mampu mendoakan dari luar sahaja . Alhamdulillah , ustaz ada utk cerita pasal syeikh ni , hihi . tapi saya tak dengar sangat , sebab berfoya foya kt belakang :P

And Ustaz ajar satu doa ni bila ziarah makam , tapi saya ingat bahasa melayu je lah . hihi . ;

"ya Allah , permudahkan urusanku sebagaimana Kau permudahkan urusannya . Berikan rahsia kepadaku sebagaimana kau beri rahsia kepadanya"


muka saya makin lama makin gelap -____-

tadi Ken takde , ni dah ada :D
Makam Kedua : Saiyyidah Nur Sobah RA

Allahyarhamah bernama Badrushah bt Muhammad bin Alin bin Muhammad Al Ghabiri , makamnya terletak di dalam masjid yang di atas tanah yang diwaqafkannya . Eh faham tak ? hihi . Karamahnya ialah mampu menyembuhkan penyakit dgn izin Allah . Subhanallah kan ? Allah bagi kat sape je Dia nak . :) And ada lah orang mandul berjumpa dia , dan last sekali dapat pregnant , dengan pertolongan Allah kepada dia :)

Dikesempatan tu , kitorang sempat rasa tanah kubur dia , subhanallah , lembab lagi seolah baru ditanam semalam . Allah lindung , Allah sayang orang baik baikkan ? :)

makamnya :) comel je.


Makam Ketiga : Syeikh Salim Al Maghribi

Makam ni , tersorok sikit dekat masjid dekat Awal Bah , I was so amazed , sebabnya , tak tahu ada masjid kat situ . hihi . Syeikh ni datang Tanta utk menemui Syeikh Ahmad Badawi , tapi tak kesampaian sebab terlalu lama menunggu . He was given by Allah , mcm boleh tengok masa depan cmni ( correct me if i'm wrong) .He knew that Syeikh Badawi will come , sebab tu dia tunggu , tapi tak sempat , jadi dia sampaikan pesan kepada sahabat utk sampaikan salam pada syeikh .

Makam Keempat : Syeikh Abd Hadi Al Qashabi / Syeikh Imam Hassan Al Qashabi/ Syeikh Muhammad Imam Al Qashabi 



Makam ni , ada 5 makam rasanya . Hihi . And if i am not mistaken , cucu syeikh ni ada lagi , doktor rasanya . Dia akan datang makam ni every Friday , siap ada pejabat lagi , so orang boleh jumpa dia . And anak syeikh ni , one of the penentang Hosni Mobarak tika hidupnya . Allah Allah .. ana rasa kecil je tengok semangat jihad diorang . :')


Makam Terakhir : Syeikh Sayyid Ahmad Badawi Husaini RA 

Makam paling famous di Tanta , penggerak dakwah pertama di Tanta . Ana rasa ada hikmahnya tercampak di Tanta  , Allahuu.. di masjid ni terdapat bilik keperluan , which is contain , janggut rasululullah s.a.w.  Rindunya kekasih Allah :')  berkesempatan utk pegang , alhamdulillah . nanti nak pergi lagi ! seronok !

Syeikh Badawi ni , pernah berjumpa Rasulullah dalam sedar , dan maybe sebab tu ada janggut Rasulullah . untungkan dapat jumpa Rasulullah ? :)
  
Banyak karamah Syeikh Badawi ni , muka beliau bercahaya hingga beliau melilit wajahnya 2 kali dengan serbannya . Hinggakan murid beliau pengsan bila tengok wajah dia , bercahaya :) Allah Allah .. Ada pendapat mengatakan muridnya meninggal . Allahualam .

Jom datang Tanta :D

makam syeikh Badawi

 


Alhamdulillah , rasanya kalau tak ada program ni , tak tau jugak yang nearly semua masjid ada makam :) Syukran kak Metot sebab ajak , siap bayarkan sekali . :) So , this gonna be my last jaulah before Final Exam , nanti lepas exam tengoklah . I nak round EGYPT ! ELEH ! HAHAHA .

pakcik tu nak masuk gambar gak :P
I learnt so many things : macam nak baca apa time ziarah makam which is bacaan tahiyat , alfatihah dan surah al ikhlas 11 kali  dan banyak lagi :) dapat rapatkan ukhwah pun ye ! :) Alhamdulillah . moga Allah redha .


p/s :  tak sabar balik Malaysia . ^^


2 comments:

Anonymous said...

bestnyer blh melawat makam2 tu shaz..take care yer..

Shou ryn said...

Shaaazzzz