Friday 22 February 2013

cerita tentang kita.

bosan menghadap buku , jom dengar degup jantung sendiri !
assalammualaikum.
tika minda penat menghadam maklumat physiology, hai saya disini lagi!
Kadang,penat tapi tak tahu apa sebab. Apa yang aku buat? :) Allah Allah.. Tapi hari ini, saya nak bercerita tentang kita. Tentang saya dan dunia medic saya. inshaaAllah, 4tahun lagi.

Alhamdulillah, bidang kedoktoran sebenarnya pilihan terakhir saya. Impian ummi saya yang redha utk saya lunaskan. Mana mungkin saya hampakan harapan wanita yg paling saya sayang. Dunia dan akhirat saya. Tidak,tidak mungkin.

Diuji dengan pelbagai ujian. Pelbagai halangan. Dan akhirnya saya masih mampu bergaya sebagai pelajar tahun dua perubatan. Tidaklah saya lulus peperiksaan ibarat warna pelangi. Saya masih punya khilaf, punya salah,selalu menduakan medic dengan benda lain :'(

Saya pernah terfikir utk back off. Nyata,saya tidak menyintai medic dengan sepenuh jiwa raga. Tapi,itu bukan alasan utk saya berhenti berharap akan keajaiban and i'm working for it.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah. Saya punya kawan yang sentiasa memandu saya utk terus berjaya. Study group yg saya pohon kuat utk terus istiqamah. ya Allah,permudahkan segalanya :')

Belajar dalam bidang ini buat saya makin kukuh akan agama. Makin dekat dengan Dia. ya,kalau bukan sebab Dia, jantung tidak berdegup. Kalau bukan sebab Dia,buah pinggang tak mampu berfungsi. Semua kerana Allah.  subhanallah.

Saya mohon, tahun dua ini bukanlah pengakhiran utk saya dalam mengejar cita cita. Dan tahun hadapan masih dapat melangkah ke Tahun Tiga dengan lebih bergaya.Allah Allah.permudahkan segalanya :')
hadiah  dari si dia ; ummi . thanks for this raspberry stetoschope !tak sabar nak gantung kt leher .hehe

p/s : Allah jawab doa saya ; Dia bagi jalan,saya bergantung padaNya sepenuhnya.jiwa dan raga. selamat bercinta dengan perubatan!

2 comments:

Anonymous said...

jgn hampakan harapan org tua kita dik..gud luck..akak sentiasa doakan shaz...=)

Unknown said...

thanks kak amy ! doakan selalu . !! :D